Sunday 4 December 2016

TOK NADOK

SEBUT JA ORANG UTARA..
sah depa mesti guna perkataan " TOK NADOK " (tok nadoq) sapa tau???? ....
contoh ayat : "ang pakai baju supa zaman Tok Nadoq..."
bagi orang utara ianya membawa maksud KETINGGALAN ZAMAN...
===========================================
SEMUA TANGGAPAN TU MELESIT SAMA SEKALI.. ZAMAN TOK NADOK SEBENARNYA ZAMAN KEGEMILANGAN KITA....SEBELUM DIJAJAH
============================================
TOK NADOK @ TOK NAGOR membawa maksud era perdagangan yang pesat di Utara pada zaman tersebut .. merujuk pada cerita dan sejarah :-
Sejarah Bagan atau Butterworth
==========================
Semasa Pulau Pinang atau Tanjong Penaga atau Tanjong Penegeri dibuka oleh Francis Light untuk mendirikan kota Fort Cornwallis pada 1786,penduduk tempatan telah ada menetap di Batu Uban,Sungai Pinang ,Telok Bahang dan di Seberang Perai.Misalnya di Batu Uban wujud komuniti Melayu yang berasal dari Sumatera dan Kedah serta percampuran dengan pedagang dan alim ulama dari Arab.di Telok Bahang pula penduduk nelayan berasal dari Kedah dan Aceh.di Sungai Pinang juga terdapat penduduk Melayu berasal dari Kedah,Aceh,Sumatera dan India Muslim yang berdagang dengan penduduk tempatan yang mengikut cerita lisan yang mashyur sebagai “Tok Nadok berkajang kain”.bermaksud Tok Nadok atau Tok Nagor berkemahkan kain.



Lukisan awal Inggeris pada 1814 seperti diatas menunjukkan wujudnya penempatan awal dikawasan Pengkalan Sultan Abdul Halim ,Pengkalan Feri atau Stesyen bas Jeti Butterworth atau Meriam Timbul sekarang ini .Dimana terdapat surau lama atau Surau Balai Pukat dan Tanah Perkuburan Islam di bersebelahan Tangki “Bunkerer”Shell di Pangkalan Bagan Luar Jalan Pantai Butterworth sekarang ini.




Dari sumber sejarah juga menyatakan bahawa Sultan Kedah telah bersiap sedia dengan Angkatan Perang Kedah untuk memerangi Inggeris bagi mengambil balik Pulau Pinang yang di ambil Inggeris secara tipu muslihat.Namun Angkatan beliau telah tewas dalam serangan mengejut Francis Light pada 1791 . Seperti Catatan Penulis Buku Pembangunan Pulau P[inang ….

Maka Sultan telah mengatur rancangan nya untuk menyerang Inggeris dengan menyiapkan Angkatan Perangnya yang berpusat di Kg Kota.Senjata-senjata dipersiapkan dari “kilang-kilangnya” di Pekan Darat .Pahlawan-pahlawan dan panglima-panglima perang serta para perajurit-perajurit telah bersiap siaga untuk bertempur dimedan “jihad menentang kafir” kerana mereka bukan sahaja dari Angkatan Kedah malah telah dibantu dari para kesatria Melayu dari Aceh, Perak,Patani,Johor malah dari Brunai,Kepulauan Mindanao dan Illanun.

Perang ini amat penting demi mempertahankan satu lagi bumi Melayu dari jatuh ketangan penjajah….bererti hidup dan mati Kedah seterusnya dan Nusantara ini seanteronya.
…Maka dengan 1,000 buah perahu-perahu telah dipersiapkan untuk menyerang Pulau Pinang dari Kuala Perai……….
”Angkatan Perang Kedah yang sedang berkubu di Kuala Perai mereka telah diserang mengejut terlebih dahulu oleh Kapten Light dengan mengarah serangan dilakukan oleh pembantunya “Kapten Andrew Glass pada 12 April 1791 kira-kira jam 4.00 pagi, empat kapal perang bernama Dolphin,Princess Augusta dan Valient bersama 3 kompeni askar sipahi/sepoi telah menyerang Kuala Perai.Satu Pepeperangan yang hebat antara tentera Kedah dengan askar-asakar sipahi telah berlaku selama empat hari.Malangnya oleh kerana Syarikat Hindia Timur mempunyai kelengkapan senjata moden dan askar-askar yang terlatih telah menewaskan askar-askar Sultan Kedah..Kebanyakan Kubu-kubu yang dibina di Kuala Prai telah musnah dibom oleh kapal Perang British” ( Zakry Abadi dalam Pembangunan Pulau Pinang ,1994)

Namun selepas itu Baginda juga telah memajukan pelabuhan di Seberang Perai dikawasan yang bertentangan dengan Tanjong Penaga bertujuan menyaingi Inggeris ia –itu Pengkalan Sultan Abdul Halim atau Bagan sekarang ini

Nama Meriam Timbul dan terdapatnya sepucuk meriam yang berada dalam rumah tokong Cina di tepi Jeti Pengkalan Feri Butterworth sekarang ini ada kaitannya dengan kesan peristiwa diatas

Nama Bagan semakin tenggelam apabila William John Butterworth, Governor of the Straits Settlements (1843–1855) mengambil alih pentadbiran Negeri Selat maka nama Butterworth is diberi sebagai pusat pentadbiran British di Seberang Perai.

Sehingga sekarang masih terdapat kesan peninggalan bangunan lama 1800an Hospital,Pejabat Pos,Pejabat Pertanian,Pejabat Town Council,Polis ,Gereja dan bangunan persendirian semasa pentadbiran British seperti di Jalan Pantai atau pantai Road, Sekolah Convent Butterworth,Kilang Memprosese Bijih Timah (Malaysian Smelting Corporation) Lapangan Terbang RAAF atau Pengkalan TUDM sekarang ini,Taman Robina dan Bangunan unik seperti “Piring Terbang” di Kolej Vokasional Butterworth di Telok Air Tawar.

Di Era sebelum merdeka dan saat menghampiri Kemerdekaan pada 1950an banyak peristiwa sejarah di Butterworth seperti Perishtiharan Pemuda Merdeka di Dataran Pemuda Merdeka di Butterworth, Pulau Pinang atau dahulunya dikenali sebagai padang British Recreation Club (BRC) pada 1958 yang di Ketuai oleh Ketua Pemuda UMNO ketika itu Dato’ Hj Ahmad Badawi ketika itu dan juga persidangan para Alim Ulama dimana banyak organisasi awal dari Seberang Perai menjadi pengasas utama keahlian PAS. Dimana kejayaan Persidangan Persatuan Ulama Se-Malaya di Butterworth pada 24 November 1951 menjadi detik penting dalam sejarah Islam di negara ini kerana ... seperti dalam Wilkipedia Parti Islam Se-Malaysia menyebutkan juga bahawamaka PAS telah ditubuhkan secara rasmi hasil dari perhimpunan atau muktamar tersebut, yang antaranya turut disertai oleh Kelab Melayu Bagan dari Seberang Perai,Perikatan Melayu Bersatu dari Seberang Perai dan Pulau Pinang dan lain-lain badan kebajikan, kelab atau jamaah terutamanya dari Seberang Perai dan Pulau Pinang.


gambar :
di lihat dari Tanjong atau George Town 

Sementara itu Seberang Perai yang lama dibawah pemerintahan Kesultanan Kedah malah sebahagian dari Kerajaan Lembah Bujang di Zaman Langkasuka telah lama diduduki penduduk Melayu tempatan di Kota Aur,Guar Kepah,Permatang Bendahari,Penaga ,Kuala Muda,Kuala Bekah ,Bagan Tambang,Telok Air Tawar ,Kuala Perai,Bagan, Kampong Kota ,Kuala Juru dan Pulau Aman jauh lebih awal sebelum kedatangan Francis Light lagi.

Butterworth atau “Bagan” adalah nama panggilan penduduk tempatan yang dimaksudkan pengkalan atau” jetty” . Kawasan Bagan merupakan kawasan penempatan awal penduduk tempatan di pesisiran pantai menghadap Pulau Pinang terutamanya nelayan .Ini dapat yang dapat dilihat dari namatempat tempat di sepanjang pantai di Banadar Butterworth sehingga ke Telok Air Tawar yang bermula dengan Bagan bermaksud Pengkalan atau “jetty”.Bermula dari Pengkalan Sultan Abdul Halim,Bagan lama,Bagan Buaya,Bagan Jermal,Bagan Ajam,Bagan Lebai Tahir,Bagan Tuan Kecil,Bagan Lalang ,Bagan Dalam hingga ke Bagan Tambang dan Bagan Belat di Telok Air Tawar.


No comments:

Post a Comment