Sunday 11 December 2016

PERKONGSIAN AZIMAT @ WAFAQ / WAFAK






HUKUM MEMAKAI TANGKAL DAN AZIMAT
Umat Islam secara umumnya menerima bahawa pemakaian tangkal dan azimat adalah haram disisi Islam dan boleh membawa kepada perbuatan mensyirikkan Allah SWT. Ini adalah berdasarkan sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud: ”Sesungguhnya jampi, tangkal dan tiwalah itu syirik.”





Namun, para ulama berbeza pendapat tentang hukum menggantungkan azimat dan tangkal yang mengandungi nama-nama Allah dan sifatNya, ayat-ayat al-Quran dan doa-doa yang ma’thur. Saidatina A’isyah, Imam Malik dan sebahagian ulama mazhab Syafie mengharuskannya dengan hujah bahawa perbuatan tersebut dilakukan oleh Abdullah Ibn Amr yang pernah menulis satu doa dan digantung dileher anaknya yang masih belum baligh. Menurut mereka, yang diharamkan hanyalah tangkal dan azimat yang selain dari ayat Al-Quran. Segolongan ulama lagi mengharamkan pemakaiannya. Mereka terdiri dari Ibnu Mas’ud, Ibnu Abbas, Huzaifah, Uqbah Ibnu ‘Amir, Abdullah Ibnu ‘Akim dan para pengikut mereka dari kalangan tabi’in. Mereka mengatakan bahawa hadis berkenaan larangan memakai tangkal dan azimat adalah mencakupi semua jenis tangkal. Mereka juga berhujah bahawa apa yang dilakukan oleh Ibnu Amr tidak dilakukan oleh lain-lain sahabat. Ianya dilakukan untuk anaknya yang masih kecil dan tidak mampu menghafal atau membaca, sedangkan untuk yang dewasa tidak begitu.


wafaq atas kulit kijang 



Namun, para ulama berbeza pendapat tentang hukum menggantungkan azimat dan tangkal yang mengandungi nama-nama Allah dan sifatNya, ayat-ayat al-Quran dan doa-doa yang ma’thur. Saidatina A’isyah, Imam Malik dan sebahagian ulama mazhab Syafie mengharuskannya dengan hujah bahawa perbuatan tersebut dilakukan oleh Abdullah Ibn Amr yang pernah menulis satu doa dan digantung dileher anaknya yang masih belum baligh. Menurut mereka, yang diharamkan hanyalah tangkal dan azimat yang selain dari ayat Al-Quran. Segolongan ulama lagi mengharamkan pemakaiannya. Mereka terdiri dari Ibnu Mas’ud, Ibnu Abbas, Huzaifah, Uqbah Ibnu ‘Amir, Abdullah Ibnu ‘Akim dan para pengikut mereka dari kalangan tabi’in. Mereka mengatakan bahawa hadis berkenaan larangan memakai tangkal dan azimat adalah mencakupi semua jenis tangkal. Mereka juga berhujah bahawa apa yang dilakukan oleh Ibnu Amr tidak dilakukan oleh lain-lain sahabat. Ianya dilakukan untuk anaknya yang masih kecil dan tidak mampu menghafal atau membaca, sedangkan untuk yang dewasa tidak begitu.






Imam Fakhruddin Al-Razi menyebutkan dalam tafsirnya bahawa ketika Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api, Jibril telah membawa jubah sutera dari syurga dan dipakaikan kepadanya. Jubah itu diwariskan kepada Nabi Ishak, kemudian kepada Nabi Ya’kub. Nabi Ya’kub kemudiannya menjadikannya sebagai azimat dan digantung di leher Nabi Yusuf. Jibril segera datang lalu membuangnya dan memakaikan semula jubah tersebut kepada Nabi Yusuf. Oleh itu, jelas bahawa larangan menggantungkan tangkal atau azimat walaupun ianya berupa ayat al Quran atau sesuatu yang mulia dari syurga.



KESAN MEMAKAI TANGKAL DAN AZIMAT KEPADA UMAT ISLAM
Larangan memakai tangkal dan azimat mempunyai banyak hikmah. Perkara ini dapat dilihat pada kesan yang timbul akibat pemakaiannya.
1). Kesan pada akidah
Seseorang yang memakai tangkal dan azimat secara terang-terangan telah mensyirikkan Allah. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud: ”Sesungguhnya jampi, tangkal dan tiwalah itu syirik.” Begitu juga dengan hadis yang diriwayatkan oleh Uqbah bin Amir bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa menggantungkan tamimah (tali yang digantung pada leher kanak-kanak), maka dia telah melakukan syirik.”




Para sahabat Rasulullah SAW juga memerangi perbuatan memakai tangkal dan azimat. Huzaifah al-Yamani diriwayatkan pernah menziarahi seseorang yang sedang terlantar sakit. Beliau ternampak seutas tali yang dijadikan azimat pada lengan pesakit. Maka beliau pun mencabutnya dan membaca firman Allah (dari Surah Yusuf ayat 106): “Dan sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada Allah melainkan dalam keadaan mensyirikkan Allah.”
Begitu juga dengan Ibnu Mas’ud. Dalam satu athar, beliau pernah memotong azimat yang berupa benang yang dipakai oleh isterinya Zainab. Benang itu dijampi oleh seorang yahudi dengan tujuan menghindari Zainab dari sakit mata. Sebaliknya, Ibnu Mas’ud menyuruh isterinya berdoa sebagaimana yang diajarkan kepadanya oleh Rasulullah SAW.



b). Kesan kepada penerimaan Ibadah
Oleh kerana perbuatan memakai tangkal dan azimat merupakan perbuatan syirik, maka amal ibadah pemakainya secara automatik akan tertolak dan kebaikan yang sudah dilakukan sebelum ini juga akan terhapus ibarat debu yang berterbangan. Firman Allah SWT dalam surah al-An’am, ayat 88: “Jika mereka mensyirikkan Allah, nescaya lenyaplah amal-amal kebaikan yang telah mereka usahakan.”
Rasulullah SAW sendiri pernah menolak untuk membai’ahkan seorang lelaki yang memakai tangkal besi kuning di lengannya. Ini dapat dilihat dalam hadis yang diriwayatkan oleh Uqbah bin Amir Al-Juhaniyy: Rasulullah SAW telah didatangi oleh sepuluh orang lelaki. Maka Rasulullah SAW membai’ahkan sembilan dari mereka manakala seorang lagi ditahan. Mereka bertanya: ”Wahai Rasulullah, Tuan membai’ahkan sembilan dan menahan seorang?” Jawab Baginda SAW: ”Ada tangkal pada lelaki itu.” Lelaki itu lantas memotong tangkalnya, maka dibai’ahkan dia oleh Rasulullah SAW seraya bersabda: Sesiapa yang mengantungkan tangkal, sesungguhnya dia telah menyekutukan Allah.”


c). Kesan kepada kehidupan dunia
Sesiapa yang menggantungkan tangkal dan azimat, kehidupannya akan menjadi tidak tenteram dan mudah diganggu. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menggantung tamimah, Allah tidak menyempurnakan apa yang dimilikinya, dan sesiapa yang menggantungkan wada’ah (bahan-bahan berupa cengkerang seperti kulit siput atau kerang yang dijadikan sebagai kalung bertujuan menjaga diri dari gangguan), Allah tidak membiarkannya dalam ketenangan.”




Perkara ini disebabkan syaitan dan jin yang menghuni tangkal dan azimat itu akan menyakiti dan memusnahkan kehidupan pemakainya. Hakikatnya, tangkal azimat adalah merupakan satu simpulan sihir (al-‘Uqad) sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Falaq ayat 4 yang bermaksud: (Kami juga berlindung dengan Engkau ya Allah) daripada kejahatan tiupan-tiupan ahli sihir pada simpulan sihir. Oleh demikian, sesiapa yang memakai tangkal azimat, maka dia telah menyihirkan dirinya sendiri. Kesan dari sihir tersebut akan menyebabkan kehidupannya tidak tenteram. Melalui pengalaman penulis, antara kesan-kesan negatif yang dialami oleh individu-individu yang memakai tangkal adalah seperti berikut:
a) Fizikal: penyakit misteri yang sukar diubati
b) Mental: pening, migrain, nyanyuk, gila
c) Emosi: sensitif, mudah marah, panas baran, mudah menangis
d) Spiritual: malas beribadah, tidak suka perkara agama
e) Kediaman: Rumah panas, ada kelibat dan lembaga
f) Rezeki, kerjaya dan jodoh seolah-olah terhalang dan sukar dapat



















contoh di kedai2 makan.. 


 Selain itu, pemakaian tangkal dan azimat ini juga akan memberi kesan yang berlawanan dengan tujuan ianya dipakai. Sebagai contoh, jika azimat pelaris dipakai, ia akan menyebabkan perniagaan seseorang itu semakin rugi. Jika tangkal pelindung yang dipakai, ia akan membuka lebih banyak gangguan kepada pemakai. Ini adalah berdasarkan hadis Nabi SAW: Rasulullah SAW berkata kepada seorang yang memakai gelang tembaga di lengannya: “Apakah ini?” Orang itu menjawab: ”Tangkal untuk mengatasi badan yang lemah.” Lalu beliau bersabda: “Buanglah segera, kerana ia hanya menambah kelemahan pada tubuhmu. Maka sesungguhnya jika engkau mati sedang engkau masih memakai tangkal itu nescaya engkau tidak akan mendapat kebahagiaan selama-lamanya”.
Pemakai tangkal juga tidak akan mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh ibnu cAkim r.a.: “Sesiapa yang menggantungkan sesuatu (berupa tangkal), maka segala urusannya akan diserahkan kepadanya (kepada tangkal).”